Wednesday, December 16, 2009

Maal Hijrah

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan

Doa akhir tahun - dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah

Doa awal tahun - dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis:
2. Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
3. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
4. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
5. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Semoga tahun baru 1431 ini bakal membuatkan kita lebih hampir kepadaNYA dan kekal kukuh dalam ketaatan kepadaNYA InsyaAllah...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home