The Graduate
Alhamdulilah dan tahniah bagi Kak Noi, kerana hari ini menandakan hari yang sungguh bermakna baginya. Kak Noi telah menerima Ijazah dari National Universiti Singapura dengan kepujian yang dapat kami bangga kan. Titik peluh dan usahanya selama 4 tahun telah menghasilkan kejayaan Bachelor Degree in Social Science with Honours.
Kejayaan ini ingin kami sekeluarga berkongsi bersama dengan Keluarga Saharan bukan untuk berbangga atau menunjuk nunjuk tetapi ingin kami membuat teladan bagi adik adik yang masih bersekolah lagi. Bahawa setiap usaha dan ketekunan akan dibalas dengan kejayaan yang pasti dapat dibanggakan oleh ibu bapa kami. Dengan mencapai ke puncak menara gading dan membuktikan yang kita mampu berjaya adalah hadiah yang paling berharga kepada ibu bapa kita yang selama ini membesarkan kita tanpa meminta balasan. Kak Lela sekeluarga berdoa moga ramai lagi keluarga Saharan mencapai kejayaan yang serupa atau lebih lagi dari Kak Noi.
Moga Success! Amin...

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home