Saturday, November 22, 2008

Setinggi Tinggi Penghargaan Buat Semua


Alhamdulilah... Pada hari Sabtu tanggal 22hb November 2008, sah lah kami bergelar Suami Isteri di Masjid Khair, dengan disaksikan oleh saudara mara dan sahabat handai.

Setinggi tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih bagi semua kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang hadir dan bertungkus lumus untuk memastikan bahawa majlis berjalan dengan lancar. Tiada kata atau harta yang kami dapat memberi untuk membalas segala titik peluh semua kaum keluarga. Sayu dihati apabila kami melihat semua sanak saudara berkerja keras pada hari itu. Walaupun berpakaian glamour tapi kerja tetap kerja.

Bagi Umi, Ayah, Adik Adik dan Baby Hany, persiapan bermula seawal bulan August, dan selama ini bantuan dan sokongan yang diberikan tidak pernah putus. Buah fikiran, nasihat dan mengongsi pengalaman banyak membantu kami dalam membuat keputusan mengenai majlis.

Bagi Uncle & Aunty Noormah, You are the best... You are always a phonecall away and you always provide a solution to every problem... There will never be enough thank yous that I could say in my lifetime to repay you for all your help... Thank you..

To my 3 beloved Ahmad... Terima kasih banyak kerana banyak membantu dan menemani Kak Yah selama seminggu waktu persiapan... Kesian Ayie, sampai demam demam rewang kat rumah Kak Yah.

Bagi Cik Saifee, Terima kasih sekalung budi kerana sudi menyanyikan lagu bagi kami. Jgn bimbang, walaupon tidak sempurna kerana terlupa lirik, Kami tetap menghargai kerana "Its the thought that counts"... no worries, kami berterima kasih kerana sudi... :-)

Pada Yang Lain, Cik Sarah, Cik Rani, Dhania, Liana dan yang lain lain, terlalu ramai untuk disebut nama, terima kasih sekali lagi untuk segala titik peluh yang dikeluarkan untuk menjayakan majlis kami... kami sungguh terharu...

Sekiranya ada kekurangan dimajlis kami, baik dari segi Zahir ataupun Batin, yang kecil atau yang besar, kami memohon maaf. Sesungguhnya yang buruk itu datang dari kami dan segala yang baik dan indah itu dari Allah Taala...

Sekian
Salam Manis dari
Lela & Ady

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home